Tuesday, September 23, 2014

Hukum Melewatkan Bayaran Upah Atau Gaji Pekerja

Dalam mengupas perkara ini, seperti yang diketahui terdapat hubungan diantara pihak majikan dengan pekerja dan diantara pihak pekerja dengan majikan. Dalam hal ini, pekerja mempunyai tanggungjawab untuk melaksanakan kesemua tugasan yang diberikan oleh pihak majikan kepadanya dengan sempurna. Sementara itu, pihak majikan pula perlu peka dan membayar segera gaji atau upah pekerjanya sepertimana yang telah dijanjikan atau dipersetujui diantara kedua-duanya.

Rasulullah telah bersabda,

"Berilah pekerja itu upahnya sebelum kering keringatnya"
(Riwayat Ibnu Majah)

Ditambah lagi dengan sabdanya seperti berikut,

"Allah berfirman : Aku akan menjadi musuh kepada tiga orang pada hari kiamat nanti : "Orang yang bersumpah dengan namaku lalu ia mengkhianatinya, seorang yang menjual orang merdeka lalu memakan harganya, dan seorang yang menyewa orang lain lalu dipenuhi tugasannya dengan baik namun ia tidak memberikan upahnya."
(Riwayat Al-Bukhari)

Secara kesimpulannya bahawa hukum melewatkan bayaran upah atau gaji pekerja adalah haram disisi Islam.

Monday, September 22, 2014

Kriteria Pemilihan Seorang Imam

Antara masalah seharian yang sering kita hadapi di dalam kehidupan seharian ialah menentukan siapa yang layak menjadi Imam didalam solat apabila tiba waktu untuk bersolat. Sebenarnya terdapat kaedah penentuan yang perlu diikuti dalam memilih seorang Imam. Berikut secara ringkas kriteria pemilihan seorang Imam :

  1. Orang yang lebih faqih tentang solat
  2. Orang yang lebih alim tentang Al-Quran
  3. Orang yang lebih warak
  4. Orang yang lebih dulu berhijrah atau menunaikan haji
  5. Orang yang lebih dulu memeluk agama Islam
  6. Orang yang berbangsa Arab
  7. Anak orang soleh atau anak orang alim
  8. Orang yang masyhur dengan amal kebajikan
  9. Orang yang lebih bersih badan dan pakaiannya
  10. Orang yang lebih pandai
  11. Orang yang lebih baik suaranya
  12. Orang yang lebih elok paras rupanya
*Kriteria ini telah diutarakan oleh Syeikh Arsyad Al-Banjari di dalam kitab Sabil Al-Muhtadin