Dalam mengupas perkara ini, seperti yang diketahui terdapat hubungan diantara pihak majikan dengan pekerja dan diantara pihak pekerja dengan majikan. Dalam hal ini, pekerja mempunyai tanggungjawab untuk melaksanakan kesemua tugasan yang diberikan oleh pihak majikan kepadanya dengan sempurna. Sementara itu, pihak majikan pula perlu peka dan membayar segera gaji atau upah pekerjanya sepertimana yang telah dijanjikan atau dipersetujui diantara kedua-duanya.
Rasulullah telah bersabda,
"Berilah pekerja itu upahnya sebelum kering keringatnya"
(Riwayat Ibnu Majah)
Ditambah lagi dengan sabdanya seperti berikut,
"Allah berfirman : Aku akan menjadi musuh kepada tiga orang pada hari kiamat nanti : "Orang yang bersumpah dengan namaku lalu ia mengkhianatinya, seorang yang menjual orang merdeka lalu memakan harganya, dan seorang yang menyewa orang lain lalu dipenuhi tugasannya dengan baik namun ia tidak memberikan upahnya."
(Riwayat Al-Bukhari)
Secara kesimpulannya bahawa hukum melewatkan bayaran upah atau gaji pekerja adalah haram disisi Islam.
Tuesday, September 23, 2014
Monday, September 22, 2014
Kriteria Pemilihan Seorang Imam
Antara masalah seharian yang sering kita hadapi di dalam kehidupan seharian ialah menentukan siapa yang layak menjadi Imam didalam solat apabila tiba waktu untuk bersolat. Sebenarnya terdapat kaedah penentuan yang perlu diikuti dalam memilih seorang Imam. Berikut secara ringkas kriteria pemilihan seorang Imam :
- Orang yang lebih faqih tentang solat
- Orang yang lebih alim tentang Al-Quran
- Orang yang lebih warak
- Orang yang lebih dulu berhijrah atau menunaikan haji
- Orang yang lebih dulu memeluk agama Islam
- Orang yang berbangsa Arab
- Anak orang soleh atau anak orang alim
- Orang yang masyhur dengan amal kebajikan
- Orang yang lebih bersih badan dan pakaiannya
- Orang yang lebih pandai
- Orang yang lebih baik suaranya
- Orang yang lebih elok paras rupanya
Friday, January 28, 2011
Pembuka Tirai Bicara
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, tuhan semesta alam. Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang menguasai hari pembalasan (hari akhirat). Hanya kepada engkau kami menyembah dan hanya kepada engkau kami mohon pertolongan. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang telah engkau kurniakan nikmat, bukan jalan mereka yang telah engkau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.
Amin...
Subscribe to:
Posts (Atom)